Panduan Buat Duit Dengan Blog

Post Top Ad

Post Top Ad

Senin, 06 Maret 2017

Blog Untuk Politik

Sempena Pilihanraya Umum ke-12 ini, eloklah rasanya saya berceritakan sikit tentang pengaruh dan fungsi blog di dalam arena politik negara. Jika kita lihat di luar negara, di US khususnya. Pemimpin-peminpin politik mereka telah lama menggunakan blog sebagai medium “pengiklanan & kempen” mereka. Menerusi bloglah, mereka akan menyampaikan wadah pemikiran serta manifesto politik mereka.


Di Malaysia juga, sudah agak ramai juga pemimpin politik yang mempunyai blog dan menggunakan blog mereka untuk menyampaikan isu-isu serta berita-berita terkini kepada masyarakat serta penyokong-penyokong mereka. Perkara ini serba sedikit dapat memberikan mereka ruang untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka secara bebas dan sekaligus menyeimbangkan penyampaian informasi dari setiap pihak.

Antara blog yang bercerita tentang politik Malaysia adalah seperti :
Screenshots oleh Jeff Ooi
Malaysia-Today oleh Raja Petra Kamarudin
Rocky’s Bru oleh Ahirudin Attan
Lim Kit Siang: For Malaysia oleh Lim Kit Siang, 
Anwar Ibrahim oleh Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri malaysia.
RantingsbyMM oleh Marina Mahathir, anak Tun Dr. Mahathir 
Kickdefella oleh Sheih
Sassy MP oleh Teresa Kok
Shahrir Samad oleh Shahrir Abdul Samad , salah seorang ahli parlimen

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan semuanya disini. Apa-apa pun, jangan lupa mengundi. Selamat mengundi dan buatlah pilihan bijak!

Jumat, 03 Maret 2017

Wujudkan Blog Untuk Perniagaan Anda !

Suatu masa dulu, proses pemasaran untuk sesebuah perniagaan lebih banyak menggunakan kaedah pemasaran secara satu hala, iaitu mesej dihantar dari syarikat kepada pelanggan. Mesej-mesej pemasaran dari syarikat ini banyak disampaikan menerusi televisyen, radio, surat khabar, majalah, brochure, poster, bunting dan sebagainya. Semua medium ini hanyalah medium sehala… dimana, matlamatnya adalah “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh”.


Kemudian, wujud pula internet.. dimana.. matlamat “sampaikan mesej (iklan) anda kepada seberapa ramai orang yang boleh” menjadi lebih murah dan berkesan. Jika dulu (TV, majalah, suratkhabar dan sebagainya) hanya boleh mencapai golongan setempat (contohnya macam TV kat malaysia..mestilah orang kat malaysia je yang tengok kan?).. tetapi di internet, batas geografi itu dapat dihapuskan. Dengan internet (website), mesej pemasaran (iklan) dapat disampaikan diseluruh dunia.. ianya tidak terhad hanya kepada sesuatu tempat sahaja (sepertimana yang mampu dilakukan oleh suratkhabar dan majalah, kalau di malaysia, hanya orang di Malaysia sahajalah yang nampak iklan anda).  Tetapi, menerusi internet, seluruh dunia boleh melihat iklan anda (kini anda sudah dapat melihat sedikit kuasa pengiklanan secara online).

Tetapi itu dulu.. kini, blog lebih sesuai digunakan sebagai alat pemasaran berbanding website. Ini kerana, dengan blog.. sesebuah perniagaan itu boleh berkomunikasi dengan pelanggan mereka dan ini mewujudkan satu kaedah pemasaran secara 2 hala..  itu lebih “cool” bukan?

Dengan kaedah pemasaran 2 hala ini.. perniagan dan pelanggan akan dapat lebih memahami antara satu sama lain. Perniagaan boleh memahami apa kehendak pelangan, dan pelangan dapat mengetahui dengan terperinci apakah kelebihan dan kehebatan produk keluaran syarikat .

Ini sekaligus.. dapat meningkatkan jualan produk syarikat dan juga dapat mengurangkan kos pemasaran syarikat. Jadi.. usah berlengah lagi.. bina sebuah blog untuk perniagaan anda sekarang!

Kamis, 02 Maret 2017

Bagaimana untuk Mendapatkan “Follower” di Twitter dengan Cepat

Sebagaimana yang kita tahu dan beberapa post sebelum ini telah banyak menceritakan Apakah itu Twitter bukan?

Jadi, pada entry kali ini saya ingin berkongsi dengan anda semua beberapa tips dalam twitter mungkin ramai yang tahu dan mungkin masih ramai yang belum tahu dan belum lagi memaksimumkan trafik ke blog anda dengan menggunakan twitter.

Saya terus ke point yang ingin disampaikan.



Untuk memaksimumkan follower anda di twitter apa yang perlu kita lakukan ialah :
  1. Follow orang lain dahulu seberapa ramai yang mungkin ( maksimum following 2000)
  2. Follow orang-orang yang sememangnya mempunyai ramai follower kerana apabila anda follow seseorang yang mempunyai ramai follower saya yakin anda tidak lagi perlu follow orang lain selepas itu. Akaun anda akan sentiasa bertambah dengan follower.
  3. Jangan lupa untuk follow balik follower anda. Jika tidak, follower anda akan unfollow twitter anda dengan itu follower anda akan berkurang.

Twitter bukan sekadar di twitter.com, terdapat beberapa lagi website yang membantu untuk melancarkan akaun twitter anda. Disini saya ingin berkongsi 2 website dimana sangat penting bagi saya untuk memudahkan kerja di twitter.

Apakah fungsi sebenar website ini? website ini membantu kita untuk unfollow atau pon follow back orang yang follow kita secara bulk follow atau bulk unfollow. Kalau tak paham, cuba layari website tersebut dan baca sendiri. ;)



Website ini membantu anda untuk mengelola akaun twitter anda. Anda boleh tetapkan bila anda mahu update anda punya twitter. Jadi, anda boleh tetapkan untuk update secara outomatik akaun twitter anda. Setakat ini dulu tips untuk kali ini. Untuk entry berikutnya saya akan berkongsi pula 1 website bagaimana anda boleh menjana pendapatan dengan twitter.

Jangan lupa untuk subcribe blog ini dengan memasukkan email anda di ruangan subscribe di sidebar sebelah untuk tidak terlepas tips pada entry yang berikutnya nanti.

Happy Twittering..(ayat sendiri tak tau betol ke tak) ahak!

5 Tips Untuk Menjadikan Blog Anda Menarik

Menulis blog kini menjadi satu “aktiviti” yang sangat popular pada masa kini, sama ada ia bertujuan untuk perniagaan mahupun untuk peribadi. Satu perkara yang seringkali menjadi matlamat bagi seorang penulis blog, ialah, “memiliki bilangan pembaca seramai mungkin”. Beribu-ribu pembaca, bermakna beribu-ribu wang boleh dihasilkan.


5 tips untuk menghasilkan blog yang cemerlang :

1. Tentukan topik blog anda.
Pilihlah sesuatu topik yang khusus untuk blog anda, anda boleh memilih topik berdasarkan minat anda atau pun pekerjaan anda. Anda biasanya akan mempunyai ilmu yang banyak pada sesuatu yang anda minati ataupun pada sesuatu yang anda lakukan setiap hari.Ini akan memudahkan anda untuk menulis dan mengurangkan sindrom kehabisan idea.

2. Tulis blog anda seperti anda sedang berbual dengan rakan anda.
Blog sebenarnya adalah suatu bentuk komunikasi santai. Tulislah blog anda seperti anda menulis surat kepada rakan anda. Elakkan penggunaan ayat yang terlalu panjang, serta tulis ia seperti anda “bercakap”, jangan terlalu formal , walaupun ia blog perniagaan!.

3. Tentukan berapa kerap anda menulis.
Blog yang kerap di kemaskinikan, biasanya akan mendapat lebih ramai pembaca. Oleh itu, lebih kerap anda mengemaskinikan blog anda, maka ianya lebih bagus!. Buat sedikit jadual dan cuba ikutinya.

4. Bantu pembaca anda!
Internet adalah sebuah gedung maklumat yang luas, namun begitu, anda masih boleh mendapatkan pembaca yang setia di blog anda jika anda banyak memberikan maklumat yang berguna. Tapi awas, pastikan maklumat itu tidak terkeluar dari topik yang telah anda pilih untuk blog anda.  Maksudnya, jika blog anda dalah mengenai kucing, jangan pula menulis post mengenai kereta. Ia akan mengecewakan pembaca-pembaca setia anda.

5. Anggap blog anda sebagai tempat perbincangan – galakkan pembaca anda memberikan komen.
Bagi seseorang pembaca yang baru sampai ke blog anda, kadang-kadang, nereka berasa agak malu untuk memberikan komen. Oleh itu, mungkin anda boleh memberikan mereka galakkan dengan bertanya soalan atau meminta pendapat mereka mengenai tulisan anda di penghujung post.

Selamat mencuba!

Blog Tanpa Pelawat Umpama Pokok Tanpa Buah

Saya yakin dan pasti kebanyakkan blogger-blogger baru sekarang minat berblog kerana dikhabarkan begitu banyak peluang untuk menjana pendapatan di internet menerusi blog.

Namun, tidak kurang yang mengalah di tengah jalan dan akhirnya blog yang dibuat sebegitu cantik dengan design yang menarik ditinggalkan sebegitu saja gara-gara berputus asa.


Jadi, punca kegagalan berblog biasanya disebabkan kurangnya pelawat ke blog kita. Disini saya cuba senaraikan beberapa teknik yang saya sendiri gunakan sebagai seorang yang masih newbie.

Antara teknik yang saya gunakan untuk beberapa blog saya:


1. Link Exchange
Link Echange antara teknik yang berkesan bagi saya yang pada permulaan saya berblog kerana saya tidak mahir mengenai SEO pada permulaan saya berblog dan masa ini pun saya masih tidak mahir mengenainya. Blog pertama saya pada masa itu berkenaan download MP3. Jadi saya mencari beberapa blog yang berkaitan download mp3 untuk meminta di link exchange. Ada juga beberapa blog yang tidak berkaitan mp3. Hasilnya, sehingga kini blog mp3 saya mendapat pelawat tidak kurang dari 40 sehari dan agak saya sendiri agak terkejut blog mp3 saya mendapat PR1 sekarang tanpa saya membuat update dan promosi yang gila-gila.

2. Youtube
Teknik ini pula saya gunakan pada sebuah blog koleksi upin ipin di blogspot. Di blog ini saya hanya menggunakan youtube sebagai punca trafik utama saya. Kesannya blog ini mendapat rank alexa 2.9juta tidak sampai 2bulan. Saya baru je buat pada bulan ramadhan yang lepas. Apa yang saya lakukan, saya tidak merakam sendiri video-video ini di TV tetapi saya download di youtube kemudian upload balik ke youtube. Saya tidak edit dengan meletakkan link blog saya di video tersebut kerana ini memakan masa yang agak lama. Jadi, saya hanya meletakkan link blog dibahagian video description. Pada bulan ramadhan yang lepas pelawat ke blog tersebut dapat mencecah 100 sehari dan maintain dengan 40 sehari pada masa sekarang tanpa melakukan promosi lagi.

3. Komen di blog
Komen di blog yang mempunyai pelawat yang ramai juga agak berkesan. Lagi berkesan jika setelah kita komen diblog tersebut diakhir komen kita akan keluar mazuki’s last blog post..Make Easy Money with matched.co.uk. Kalau blog tersebut sebegitu kompem saya akan komen. Komen anda juga perlulah membina serta berkait dengan post yang dibuat.Ingat Jangan sesekali SPAM. Anda sebenarnya boleh juga untuk membuat backlink ketika memberi komen di blog lain dengan menggunakan smiley. Ini teknik Blackhat la saya dapat dari forum luar. Jadi sebab ini teknik blackhat tak perlu bagitau la kot.


4. Siggy di Forum
Saya join beberapa forum dan yang paling aktif di forum wangcyber. Jadi bila anda aktif di sesuatu forum jangan lupa untuk membuat signature dan linkkan ke website/blog anda. Cara ini saya lakukan pada blog baru saya yang menggunakan wordpress. Jadi, pada signature, saya buat sedikit ayat yang menarik perhatian seperti “Download Ebook Free” , “Free WordPress Theme” atau pon apa-apa saja mengikut kreativiti anda. Jangan lupa Update ayat Signature anda. Mungkin ini jarang orang buat, cara ini juga boleh menarik perhatian rakan-rakan anda apabila anda menukar ayat di signature anda. Contoh ayat yang boleh dibuat “Aku baru Tukar Theme Baru”. Ini contoh jela…kalau anda betul-betul dan tukar la.

5.Twitter
Saya rase ini tidak perlu untuk diterangkan sangat sebab semua orang dah banyak bercakap mengenai twitter.

6. Buat Pertandingan
Teknik ini ramai yang buat sebab teknik ini sangat berkesan. Saya sendiri pun pernah melakukan nya ketika raya baru-baru ini berkenaan dengan ucapan raya kreatif. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk duit. Memberi ebook atau pon apa-apa yang dirasakan sesuai.

7. Shout Mix/box
Saya suka lakukan shout di blog yang mempunyai shout box. Ini kerana cara ini sangat mudah dan senang untuk pelawat yang datang ke blog tersebut menyedarinya. So, jangan malas nak shout, biasanya kalau nak spam kat bahagian shout mix ni pon saya tak kesah. Tak tau la kalau orang lain macam mana kan.
Ini jela kot teknik-teknik yang percuma yang saya lakukan. Diharap membantu newbie-newbie yang baru berblog.

Tiada Pelawat Tiada La Duit yang korang dapat. Visitor = Money.

Selasa, 28 Februari 2017

8 Tips Beguna Untuk Mendapatkan Pelawat Berulang

Jika pada artikel sebelum ini saya menceritakan bagaimana membuat SEO untuk mendapatkan pelawat, kali ini pula saya akan mengupas bagaimana untuk mendapatkan pelawat berulang.


Pelawat berulang yang dimaksudkan ini ialah pelawat yang pernah ke blog anda dan terus melawat ke blog anda setiap masa. Sebagai contoh anda sentiasa ke website seperti berita harian, harakah daily, malaysia kini, dan macam-macam lagi website yang popular macam rahsiablogger …hehehe

Ok saya akan senaraikan 8 cara untuk mendapatkan pelawat berulang
  1. Update blog anda sentiasa 1 artikel sehari paling kurang atau paling malas 5 artikel seminggu.
  2. Guna theme yang menarik dan ringkas diblog anda.
  3. Suruh pelawat blog anda untuk bookmark blog anda di browser mereka dengan menyuruh mereka tekan “Ctrl + d”.
  4. Membuat artikel bersambung. Pada akhir post pertama tadi anda nyatakan sambungan pada artikel besok hari.
  5. Hebohkan artikel-artikel manarik yang bakal anda tulis pada esok hari atau pon pada masa akan datang. Contohnya harian metro selalu buat, Dapatkan surat khabar diorang atau pon ke website diorang pada hari ahad ini kononnya ada temubual eksklusif Abby Abadi dan Norman Hakim. Itu sebagai contoh la.
  6. Buat pertandingan kat blog anda seperti komen paling banyak ke?. Jadi hari-hari la diorang akan pegi ke blog anda.
  7. Sentiasa tinggalkan komen di blog orang lain dulu sebelum nak orang tinggalkan komen di blog anda.
  8. Suruh pengunjung blog anda subribe ke blog anda.

Itu je la dulu untuk setakat ini, bagi banyak-banyak pon kalau tak buat tak guna jugak kan.. :) .  Semoga anda semua mendapat pelawat berulang.

Cara Tarik Trafik Menggunakan FaceBook

Twitter dan Facebook 2 medium yang sangat berguna kepada para blogger untuk menarik trafik ke blog.

Mengikut mengalaman saya, Facebook lagi bagus untuk menarik trafik untuk blog bahasa melayu.

Kenapa?

Ini kerana di Malaysia Twitter tidak begitu popular untuk digunakan seperti mana diluar negara. Fungsi facebook juga seperti twiter malah twitter juga boleh disambungkan terus ke twitter.

Setiap kali kita post di wall pada profile kita semua rakan-rakan dalam list kita dapat melihat apa yang kita tulis. Begitu juga jika kita berkongsi link post blog kita di situ. Jika mempunyai 1000 rakan setakat untuk mendapat trafik 100 mudah-mudah sahaja setiap kali mempromosikan link post di facebook.

Button Share On Facebook

Boleh dapatkan button ini disini http://www.facebook.com/share_options.php

Facebook memang cool. Button ini dapat membantu anda untuk mempromosikan link blog tanpa perlu membuka facebook anda sangat mudah dan berkesan.