Post Top Ad

Post Top Ad

Selasa, 28 Februari 2017

8 Tips Beguna Untuk Mendapatkan Pelawat Berulang

Jika pada artikel sebelum ini saya menceritakan bagaimana membuat SEO untuk mendapatkan pelawat, kali ini pula saya akan mengupas bagaimana untuk mendapatkan pelawat berulang.


Pelawat berulang yang dimaksudkan ini ialah pelawat yang pernah ke blog anda dan terus melawat ke blog anda setiap masa. Sebagai contoh anda sentiasa ke website seperti berita harian, harakah daily, malaysia kini, dan macam-macam lagi website yang popular macam rahsiablogger …hehehe

Ok saya akan senaraikan 8 cara untuk mendapatkan pelawat berulang
  1. Update blog anda sentiasa 1 artikel sehari paling kurang atau paling malas 5 artikel seminggu.
  2. Guna theme yang menarik dan ringkas diblog anda.
  3. Suruh pelawat blog anda untuk bookmark blog anda di browser mereka dengan menyuruh mereka tekan “Ctrl + d”.
  4. Membuat artikel bersambung. Pada akhir post pertama tadi anda nyatakan sambungan pada artikel besok hari.
  5. Hebohkan artikel-artikel manarik yang bakal anda tulis pada esok hari atau pon pada masa akan datang. Contohnya harian metro selalu buat, Dapatkan surat khabar diorang atau pon ke website diorang pada hari ahad ini kononnya ada temubual eksklusif Abby Abadi dan Norman Hakim. Itu sebagai contoh la.
  6. Buat pertandingan kat blog anda seperti komen paling banyak ke?. Jadi hari-hari la diorang akan pegi ke blog anda.
  7. Sentiasa tinggalkan komen di blog orang lain dulu sebelum nak orang tinggalkan komen di blog anda.
  8. Suruh pengunjung blog anda subribe ke blog anda.

Itu je la dulu untuk setakat ini, bagi banyak-banyak pon kalau tak buat tak guna jugak kan.. :) .  Semoga anda semua mendapat pelawat berulang.