Post Top Ad

Post Top Ad

Kamis, 02 Maret 2017

Blog Tanpa Pelawat Umpama Pokok Tanpa Buah

Saya yakin dan pasti kebanyakkan blogger-blogger baru sekarang minat berblog kerana dikhabarkan begitu banyak peluang untuk menjana pendapatan di internet menerusi blog.

Namun, tidak kurang yang mengalah di tengah jalan dan akhirnya blog yang dibuat sebegitu cantik dengan design yang menarik ditinggalkan sebegitu saja gara-gara berputus asa.


Jadi, punca kegagalan berblog biasanya disebabkan kurangnya pelawat ke blog kita. Disini saya cuba senaraikan beberapa teknik yang saya sendiri gunakan sebagai seorang yang masih newbie.

Antara teknik yang saya gunakan untuk beberapa blog saya:


1. Link Exchange
Link Echange antara teknik yang berkesan bagi saya yang pada permulaan saya berblog kerana saya tidak mahir mengenai SEO pada permulaan saya berblog dan masa ini pun saya masih tidak mahir mengenainya. Blog pertama saya pada masa itu berkenaan download MP3. Jadi saya mencari beberapa blog yang berkaitan download mp3 untuk meminta di link exchange. Ada juga beberapa blog yang tidak berkaitan mp3. Hasilnya, sehingga kini blog mp3 saya mendapat pelawat tidak kurang dari 40 sehari dan agak saya sendiri agak terkejut blog mp3 saya mendapat PR1 sekarang tanpa saya membuat update dan promosi yang gila-gila.

2. Youtube
Teknik ini pula saya gunakan pada sebuah blog koleksi upin ipin di blogspot. Di blog ini saya hanya menggunakan youtube sebagai punca trafik utama saya. Kesannya blog ini mendapat rank alexa 2.9juta tidak sampai 2bulan. Saya baru je buat pada bulan ramadhan yang lepas. Apa yang saya lakukan, saya tidak merakam sendiri video-video ini di TV tetapi saya download di youtube kemudian upload balik ke youtube. Saya tidak edit dengan meletakkan link blog saya di video tersebut kerana ini memakan masa yang agak lama. Jadi, saya hanya meletakkan link blog dibahagian video description. Pada bulan ramadhan yang lepas pelawat ke blog tersebut dapat mencecah 100 sehari dan maintain dengan 40 sehari pada masa sekarang tanpa melakukan promosi lagi.

3. Komen di blog
Komen di blog yang mempunyai pelawat yang ramai juga agak berkesan. Lagi berkesan jika setelah kita komen diblog tersebut diakhir komen kita akan keluar mazuki’s last blog post..Make Easy Money with matched.co.uk. Kalau blog tersebut sebegitu kompem saya akan komen. Komen anda juga perlulah membina serta berkait dengan post yang dibuat.Ingat Jangan sesekali SPAM. Anda sebenarnya boleh juga untuk membuat backlink ketika memberi komen di blog lain dengan menggunakan smiley. Ini teknik Blackhat la saya dapat dari forum luar. Jadi sebab ini teknik blackhat tak perlu bagitau la kot.


4. Siggy di Forum
Saya join beberapa forum dan yang paling aktif di forum wangcyber. Jadi bila anda aktif di sesuatu forum jangan lupa untuk membuat signature dan linkkan ke website/blog anda. Cara ini saya lakukan pada blog baru saya yang menggunakan wordpress. Jadi, pada signature, saya buat sedikit ayat yang menarik perhatian seperti “Download Ebook Free” , “Free WordPress Theme” atau pon apa-apa saja mengikut kreativiti anda. Jangan lupa Update ayat Signature anda. Mungkin ini jarang orang buat, cara ini juga boleh menarik perhatian rakan-rakan anda apabila anda menukar ayat di signature anda. Contoh ayat yang boleh dibuat “Aku baru Tukar Theme Baru”. Ini contoh jela…kalau anda betul-betul dan tukar la.

5.Twitter
Saya rase ini tidak perlu untuk diterangkan sangat sebab semua orang dah banyak bercakap mengenai twitter.

6. Buat Pertandingan
Teknik ini ramai yang buat sebab teknik ini sangat berkesan. Saya sendiri pun pernah melakukan nya ketika raya baru-baru ini berkenaan dengan ucapan raya kreatif. Hadiah tidak semestinya dalam bentuk duit. Memberi ebook atau pon apa-apa yang dirasakan sesuai.

7. Shout Mix/box
Saya suka lakukan shout di blog yang mempunyai shout box. Ini kerana cara ini sangat mudah dan senang untuk pelawat yang datang ke blog tersebut menyedarinya. So, jangan malas nak shout, biasanya kalau nak spam kat bahagian shout mix ni pon saya tak kesah. Tak tau la kalau orang lain macam mana kan.
Ini jela kot teknik-teknik yang percuma yang saya lakukan. Diharap membantu newbie-newbie yang baru berblog.

Tiada Pelawat Tiada La Duit yang korang dapat. Visitor = Money.