Post Top Ad

Post Top Ad

Senin, 06 Maret 2017

Blog Untuk Politik

Sempena Pilihanraya Umum ke-12 ini, eloklah rasanya saya berceritakan sikit tentang pengaruh dan fungsi blog di dalam arena politik negara. Jika kita lihat di luar negara, di US khususnya. Pemimpin-peminpin politik mereka telah lama menggunakan blog sebagai medium “pengiklanan & kempen” mereka. Menerusi bloglah, mereka akan menyampaikan wadah pemikiran serta manifesto politik mereka.


Di Malaysia juga, sudah agak ramai juga pemimpin politik yang mempunyai blog dan menggunakan blog mereka untuk menyampaikan isu-isu serta berita-berita terkini kepada masyarakat serta penyokong-penyokong mereka. Perkara ini serba sedikit dapat memberikan mereka ruang untuk menyuarakan pendapat serta pandangan mereka secara bebas dan sekaligus menyeimbangkan penyampaian informasi dari setiap pihak.

Antara blog yang bercerita tentang politik Malaysia adalah seperti :
Screenshots oleh Jeff Ooi
Malaysia-Today oleh Raja Petra Kamarudin
Rocky’s Bru oleh Ahirudin Attan
Lim Kit Siang: For Malaysia oleh Lim Kit Siang, 
Anwar Ibrahim oleh Anwar Ibrahim, mantan timbalan perdana menteri malaysia.
RantingsbyMM oleh Marina Mahathir, anak Tun Dr. Mahathir 
Kickdefella oleh Sheih
Sassy MP oleh Teresa Kok
Shahrir Samad oleh Shahrir Abdul Samad , salah seorang ahli parlimen

Dan banyak lagi yang tidak dapat saya senaraikan semuanya disini. Apa-apa pun, jangan lupa mengundi. Selamat mengundi dan buatlah pilihan bijak!