Post Top Ad

Post Top Ad

Minggu, 26 Februari 2017

Pemeriksaan Duplikasi Artikel

Keunikan artikel semasa penulisan didalam blog amat dititik beratkan kerana keunikan artikel ini membantu untuk SEO. Jadi pada artikel kali ini saya ingin berkongsi bagaimana untuk kita memeriksa sama ada artikel yang kita buat terdapat duplikasi atau dengan kata lain sama dengan artikel orang lain.


Pemeriksaan duplikasi ini amat dititik berat kan terutamanya penggiat-penggiat adsense. Jadi saya berkongsi teknik untuk menentukan sama ada artikel kita unik atau pon tidak.

Pemeriksaan Duplikasi Menggunakan CopyScape

Laman web copyscape digunakan oleh penulis-penulis di internet untuk membuat pemeriksaan sama ada penulisan mereka di ciplak oleh orang lain. Jika anda seorang pensyarah, anda juga boleh gunakan teknik ini untuk melihat hasil kerja pelajar anda sama ada meniru bulat-bulat dari internet atau pun tidak.

CopyScape dot com menyediakan perkhidmatan berbayar dan percuma. Semestinya yang percuma la yang kita mahukan. Namun begitu, perkhidmatan percuma yang diberikan sedikit menyusahkan kerja kepada kita kerana kita perlu publishkan artikel kita terlebih dahulu kemudian barulah kita boleh memeriksa sama ada artikel yang kita tulis tersebut duplicate atau pun tidak.

Sila Ke lama web http://copyscape.com

Jadi jika anda ada copy artikel dari internet tanpa memberi kredit kepada penulis asal dan anda ingin mendakwa kononnya anda menulis artikel itu sendiri,  anda silap! kerana semuanya dapat dikesan. Jadi jangan kita melakukan perkara tidak beretika sebegitu.