Post Top Ad

Post Top Ad

Minggu, 26 Februari 2017

Blog Dan Pemasaran, 2 Frasa Yang Berkait Rapat

Blog banyak membantu para peniaga di internet dalam aspek pemasaran. Menerusi blog, peniaga tersebut secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan mereka dengan para pelanggan mereka sendiri, iaitui pengguna-pengguna internet di dalam negara itu sendiri mahupun luar negara. Pelanggan dapat mengenali peniaga tersebut dengan lebih rapat lagi. Ini membuatkan mereka yakin dan percaya akan urusan jual beli yang bakal berlaku kelak.


Zaman sekarang , bukan setakat peniaga biasa saja yang sudah bergiat dalam dunia blogging tetapi para pelakon, penyanyi, kartunis, usahawan-usahawan MLM dan pemimpin sesebuah parti politik juga sudah membina kredibiliti menerusi penulisan mereka di blog. Mereka percaya melalui promosi mereka di blog, hasil yang mereka harapkan cukup untuk penuhi kehendak dan tujuan asal mereka.

Sesebuah blog yang mempunyai identiti yang unik dan menarik akan membuatkan pengunjung blog tersebut menjadi seorang pengunjung yang setia. Ini juga akan menjurus kepada minat seseorang pengunjung tersebut untuk mendapatkan apa-apa yang boleh membantu atau memudahkan mereka seperti dengan membeli produk atau mendapatkan sebuah perkhidmatan yang ditawarkan oleh pemilik blog tersebut.

Para pengguna internet amat gemar untuk mengunjung sesebuah blog yang mempunyai artikel-artikel yang bermutu tinggi dan berinformasi untuk pembacaan mereka. Mereka juga akan mengharapkan bahawa sesebuah blog itu harus kerap dikemaskinikan. Jika blog tersebut mempunyai kedua-dua perkara yang diingini pengunjung maka sudah pasti blog tersebut akan kerap dikunjungi setiap hari tanpa perlu memaksa mereka.

Blog dapat memberikan seorang penulis blog status yang dihormati oleh para pengunjung blog yang setia. Penulis blog akan menjadi seseorang yang pakar dalam sesuatu bergantung kepada topik artikel-artikel yang ada dalam blog mereka. Hasil-hasil artikel ini adalah buah pemikiran pemilik blog yang amat berharga sekali. Para pengunjung akan sedikit sebanyak berasa yakin dengan penulisan pemilik blog tersebut.

Aktiviti pemasaran menerusi blog adalah sangat luas kerana jaringan perniagaan menerusi blog dan para pengunjungnya  berupaya melangkau lebih jauh lagi daripada sasaran asal. Dunia blog ini tiada sempadannya kerana pengguna internet boleh mengunjung blog pada bila-bila masa sahaja bahkan lagi blog kini sudah sangat popular.