Post Top Ad

Post Top Ad

Minggu, 26 Februari 2017

Berblog: Hobi atau Duit ??

Setelah agak lama tidak menyumbang artikel ke blog ini hari ini saya sudah berkesempatan untuk menulis lagi setelah final exam selesai. Berblog kerana hobi atau kerana duit? Itulah persoalan yang saya cuba ketengahkan pada artikel kali ini. Kenapa saya mengeluarkan persoalan sebegini?

Ini kerana saya yakin dan pasti ramai yang gagal untuk menjana pendapatan dari blog. Berblog semestinya berkait rapat dengan penulisan artikel. Ada sesetengah orang berblog kerana hobi dan mereka, tidak kisah sama ada dapat duit mahupun tidak daripadanya. Namun begitu, ramai juga yang menjadikan DUIT sebagai tujuan utama mereka berblog.


Saya tidak mengatakan ianya salah untuk anda menjadikan DUIT sebagai tujuan utama anda, namun ramai yang gagal dan kerana kecewa apabila DUIT yang mereka harap-harapkan tidak berkunjung tiba. Ini sering terjadi terutamanya kepada mereka yang masih baru.

Walaupon berblog kerana duit, kita perlu juga menjadikan penulisan blog itu sebagai hobi. Perkara ini akan dapat membantu meningkatkan motivasi diri kita dan seterusnya tidak berhenti menulis blog sekadar sekerat jalan sahaja, sebagaimana golongan-golongan yang gagal ini.

Bagaimana untuk berjaya jika kita mudah berputus asa?

Secara jujurnya, saya sendiri mengambil masa yang agak lama untuk menjana 1dollar pertama saya dari blog. Namun ketika saya baru bermula saya menjadikan berblog ini sebagai hobi dan update setiap masa paling kurang seminggu sekali.

Tidak perlu sayang duit anda dengan membeli ebook-ebook mengenai blog ataupon ebook-ebook yang dapat menjana wang melalui internet. Namun berjaga-jaga jika ingin membeli kerana banyak saja ebook-ebook pada masa kini yang indah khabar dari rupa. Jadi untuk mengelak dari perkara ini berlaku sentiasa bertanya di forum seperti wangcyber.com

Sebenarnya tiada jalan mudah untuk berblog ini, kita perlu sentiasa menambah ilmu untuk memantap lagi diri kita dengan ilmu berblog.