Post Top Ad

Post Top Ad

Minggu, 26 Februari 2017

Apakah Gaya Post Anda ?

Sebagai seorang penulis blog, anda dan saya harus senantiasa memperbaiki gaya tulisan post yang dihasilkan supaya seronok dibaca namun tetap berilmiah. Post kali ini saya akan berkongsi tips mempelbagaikan gaya menulis post yang boleh dicuba iaitu :


Post Berbentuk Peribadi
Saya percaya ramai penulis blog suka akan cara ini kerana kebanyakan blog berkisarkan cerita peribadi dan pelbagai macam cerita kehidupan. Kebolehan menggarap post dengan baik diperlukan supaya pembaca terus membaca post tersebut hingga selesai dan tidak jemu.

Post berbentuk Tips
Anda boleh memberikan tips berkaitan dengan tema blog anda, sebagai contoh tips menguruskan badan dan seumpamanya. Gunakan bullet dan nombor pada tajuk post seperti ”10 Langkah Buat Duit dengan Blog” untuk menarik perhatian dan memudahkan pembaca membaca isi kandungan.

Post berbentuk fakta
Post yang dihasilkan perlu mempunyai sumber yang kukuh dan dipercayai seperti statistik, akhbar atau penyeledikan. Agak susah untuk ditulis dan jarang melakukannya kecuali tulisan dari Ustaz-ustaz yang memerlukan dalil-dalil untuk mengukuhkan fatwa dan keputusan.

Post berbentuk penawaran atau cadangan
Post begini biasanya dihasilkan untuk mempromosikan barangan dan mendapat komisen dari penjual. Namun anda harus ingat bahawa post berbentuk iklan semata-mata tidak akan berjaya kerana ramai orang tidak menyukai ”jurujual” kerana dianggap tidak telus dalam memberikan cadangan. Sebaiknya, berikan informasi dengan telus dan berbentuk ”memberitahu” dari menjual.

Menggabungkan semua bentuk post diatas
Jika anda mampu menggabungkan kesemua jenis post seperti yang disebutkan sebelumnya, post yang dihasilkan akan mempunyai fakta, cerita, tips dan tawaran yang natural dan menghburkan. Saya akui saya sendiri menyukai post sebegini berbanding fakta biasa.

Akhir kalam, saya ucapkan Selamat mencuba dan jangan lupa berkongsi teknik yang anda gunakan disini.