Post Top Ad

Post Top Ad

Selasa, 28 Februari 2017

Baca Blog Kesukaan Anda di Google Reader

Bagi anda yang telah membaca buku “Rahsia Blogger”, pasti sudah tahu bahawa, RSS Reader boleh dibahagikan kepada 2 kategori. Iaitu berasaskan web dan juga berasaskan desktop. Google reader adalah merupakan sebuah RSS Reader yang berasaskan web. Dan diantara banyak-banyak RSS Reader yang pernah saya gunakan, saya rasa, Google Reader adalah antara yang terbaik.
Ini kerana, dengan menggunakan google reader saya boleh mengakses blog-blog kesukaan saya di satu website (google reader) sahaja dan di mana-mana komputer. Tidak seperti RSS Reader yang berasaskan dekstop, saya hanya boleh mengakses RSS Blog kesukaan saya di  satu komputer sahaja. Jika ingin akses di komputer lain, perlu lakukan installation sekali lagi  di komputer tersebut pula. Ia agak melecehkan.

Dibawah adalah video penerangan mengenai apa itu google reader.. enjoy!